Salam. apa khabar semua? aku nak start blogging balik lah. tapi kalau dulu dalam Bahasa Inggeris, sekarang aku lebih selesa nak buat apa-apa semuanya dalam Bahasa Melayu. aku tak pernah rasa macam ni dulu, kalau dulu, semuanya aku nak buat dalam english atau bahasa jepun. tapi lepas dah lama duduk di negara orang ni, dengan masalah bahasa nya lagi, aku bagaikan dapat satu tamparan hebat bahawa alangkah bagusnya kalau aku masih lagi berada di tanah air menghargai segala peluang dan rezeki yang ada. tapi nak buat macamana, manusia,
dah terhantuk baru nak tergadah. inilah yang ayah selalu marah, pada aku dulu. maksudnya,
dah menyesal baru nak tersedar.
dulu aku ghairah nak hidup di luar negara, ye la, pada aku dulu baik aku habiskan masa remaja aku di luar negara, aku boleh buat apa yang aku nak. Memang betul, setahun aku kat sini, hampir semua benda aku dah buat, aku dah rasa. tapi aku tiba-tiba tersedar. ada satu masa tu aku sedar, macam ada sesuatu yang kurang dalam diri aku ni. aku balik malaysia then aku sedar yang sebenarnya aku lupa tentang diri aku, asal-usul aku. terlalu ghairah dengan cara hidup barat yang mungkin terbawa dari zaman kecil. taklah seteruk mana, tapi aku hilang satu benda, aku lupa yang aku Melayu. itu saja. tapi mungkin aku seorang yang mahukan sesuatu itu dengan perfect, sebab aku nak jadi seorang melayu yang perfect yang ingat asal-usulnya, jati dirinya dan maruahnya.
alhamdullilah. aku dapat balik.
sebab tu aku start balik blog aku ni. saja buang masa, muhasabah diri. so dari hari ini, aku harap awak-awak semua di luar tu boleh mengikuti blog aku yang tak seberapa ni, tapi dengan pembaharuan, dari segi bahasanya. baca dengan senang hati, humor dan segala bagainya.
okay, esok nak sekolah, dah seminggu tak pergi sebab demam tapi dapat surat hospital. esok kena start pergi class and berdepan dengan semua masalah lagi sekali. tapi kali ni, lebih serious.
aku taknak menyesal esok:)
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment